resepi


masak nasi

bahan-bahan :

1. beras

cara-cara :

1. bersihkan beras sehingga airnya jernih
2. waktu bersihkan beras selawat ye

tips :
step ni dibah tak pernah tinggal :d

a. air beras tadi buat cuci muka bagi kulit lembut
(cubalah ambil masa berbulan bulan dan tengok hasilnya)


bubur nasi

bahan-bahan :

1. nasi (main)
2. halia
2. bawang putih
4. bawang merah
5. fishball
6. sayur

cara-cara :

1. masukkan beras (1/2) cawan je 

2. masukkan [bawang putih + halia + bawang merah (cincang halus)]

3. masukkan fishball 

4. masukkan garam ikut cita rasa ye

5.last baru letak sayur (taknak bagi sayur tu layu)
siap

tips:

a. kalau nasi masih berketul, letak je air then tunggu sampai nasi tu lembik. kalau masih berketul ulang step masukkan air dan lihat keadaan nasi tu okay.


sayur sawi with sos tiram

resepi ni dibah bahagi kepada 2 ( A + B )

bahan-bahan :

1. sayur sawi (main)
2. bawang putih
3. bawang merah
4. sos tiram
5. bawang goreng

cara-cara :

A

1. masukkan air bagi penuh selepas itu kan masukkan sayur sawi sampai nampak macam dah layu sikit tu terus angkat dan ketepikan dahulu okay.

B
step ni nak buat sos :

1. potong (bawang putih + bawang merah) selepas itu kan tumiskan kedua-dua bahan tersebut sehingga garing .

2. masukkan sos tiram 
(garam dan gula dibah tak masukkan sebab sos tiram dah cukup rasa)

3. masukkan sayur sawi yang layu tadi gaul sehingga sebati 

4. last tutup air dan taburkan bawang goreng tadi. 
siap 


sup ayam 

bahan-bahan :

1.  ayam 
2. 3x bawang merah
3. 3x bawang putih
4. 1/2 halia
5. lada hitam (tumbuk)
6. serbuk sup 
7. kentang/lobak
8. daun sup

cara-cara :

1. (bawang putih + bawang merah + halia) hiris kecil kecil. selepas itu tumiskan (bawang putih + bawang merah + halia) sehingga garing

2. masukkan lada hitam (kuantiti ikut cita rasa) jangan letak banyak  dan serbuk sup (dibah main letak lepas tu rasa kalau masih tak rasa serbuk tu ditambah lagi sampai rasa sedap baru stop)

3. masukkan ayam 

4. tambahkan air (kuantiti ikut nak kuah banyak mana)

5. masukkan garam (ikut cita rasa)

6. masukkan kentang @ lobak dan biarkan selama beberapa minit 

7. last tutup api dan taburkan daun sup (potong halus na)
siap.

tips : 

a. check ayam masak dengan elok ke tak dan kentang cucuk dengan garpu dah masak ke belum baru tutup api tau



sup sayur bebola ikan 

bahan-bahan :


1. bawang putih
2. bawang merah
3. su un 
4. bebola ikan 
5. sayur sawi (nak guna sayur lain pun tak ada masalah)
6. cili merah
7. kiub pati ikan bilis atau ayam 

cara-cara :

1. tumiskan bawang putih + bawang merah (dihiris) sehingga garing

2. masukkan air

3. masukkan kiub pati (1/4)  dan masukkan bebola ikan

4. masukkan su un

5. letak garam (ikut cita rasa)

5. masukkan sayur sawi + cili merah (dipotong)
siap.

2.4.2019
nasi goreng cili padi with ikan bilis 

bahan-bahan :

1. nasi
2. 5 cili padi
3. ikan bilis
4. 1 bawang merah

cara-cara :

1. goreng ikan bilis sehingga garing (bila dah nampak garing angkat ikan bilis tersebut dan ketepikan dahulu)

2. guna minyak yang sama, tumiskan bawang sehingga garing 

3. masukkan cili padi yang telah dipotong 

4. masukkan nasi *gaul-gaul

5. masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi

6. masukkan garam dan gula mengikut cita rasa 
siap.

4.4.2019
Daging rebus 

bahan-bahan :

1. 1 ulas bawang putih
2. halia
3. daging
4. 1 batang serai

cara-cara :

1. masukkan bawang putih + halia (dihiris) + daging + batang serai (diketuk-ketuk)

2. masukkan garam (ikut cita rasa)

3. tunggu sehingga mendidih
siap.

13.10.2019
Spagetti carbonara

bahan-bahan :

1. 1 bawang holand 
2. planta 
3. cendawan butang 
4. sosej 
5. sos carbonara 
6.spagetti 
7. lada hitam
8. susu dutch lady 

cara-cara :

before that :
a. rebuskan spagetti (taburkan garam na)

okay next to kuah
1. gantikan minyak dengan planta

2. tumiskan bawang holand yang dipotong dadu sehingga garing

3. masukkan sosej dahulu dan kemudian masukkan cendawan butang

4. kemudian masukkan sos carbonara dan juga susu dutch lady (rasa lemak)

5. taburkan lada hitam sedikit 

6. biarkan mendidih dan siap 

p/s : akan dikemaskini dari semasa ke semasa 

with love,


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sarahhisham